Posts

Showing posts from July, 2018

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018

  Seperti kebiasaan pada setiap tahun, kemasukan pelajar baharu adalah sesuatu perkara akan berlaku di mana-mana institut pengajian tinggi. Sama seperti UiTM Kampus Raub, kemasukan pelajar baharu disambut dengan Minggu Destini Siswa (MDS). MDS ini merupakan platform bagi mahasiswa baharu untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kampus dan juga untuk melakukan beberapa pendaftaran bagi kemasukan ke Universiti.   Borang Pembimbing Minggu Destini Siswa (PMDS) mula diedarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Antara orang yang mengambil borang tersebut, termasuklah aku. Boleh dikatakan dua tiga kali juga berfikir disebabkan tarikhnya betul-betul selepas tarikh peperiksaan akhir. Memikirkan nak berulang alik daripada kampus ke rumah dan dari rumah ke kampus semula. Tapi tak mengapa, isi punya isi lalu dihantar dan keputusan PMDS keluar selepas Hari Raya dan tahniah nama dicalonkan sebagai layak untuk menjadi PMDS. Apa-apa pun buat yang tidak berjaya, jangan putus asa teruskan me