Posts

Showing posts from 2019

MINGGU DESTINI SISWA UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2019

Image
Barisan PMDS Sesi Julai 2019 Beberapa minggu sebelum selesainya peperiksaan akhir, satu pautan telah disebarkan dalam group whatsapp katanya mencari Pembimbing Minggu Destini Siswa (PMDS). Seperti ada kebiasaan, PMDS diperlukan untuk membantu pihak UiTM untuk mengendalikan Minggu Destini Siswa (MDS). Minggu Destini Siswa adalah minggu orientasi yang disediakan oleh UiTM untuk pelajar ambilan baharu UiTM. Sepanjang Minggu Destini Siswa ini pelajar akan diberikan taklimat dan juga beberapa pendaftaran. Aku dah bertekad sebenarnya daripada semester 1 lagi untuk turut serta dalam MDS dan berhasrat nak ikut serta MDS yang terakhir, maksudnya sewaktu aku part5. Bagi aku, aku rasa aku terpanggil untuk berada di MDS yang ini supaya aku boleh berkongsi dengan adik-adik yang baharu mendaftar. Aku ada agenda untuk aku berkongsi segala pengalaman yang aku pernah rasa sebelum dan semasa masuk ke UiTM. Maka aku pun isi borang melalui pautan dan menunggu keputusan untuk senarai nama PMD

AKTIVITI SEMESTER 5 - PENUTUP DIPLOMA

Image
Ketika jam sudah menunjukkan 5:14:50 petang, bermula sahaja saat ke 51 untuk mengakhiri Diploma aku sudah membuat kiraan untuk melengkapkan sisa terakhir untuk kertas peperiksaan terakhir. Tapi sebelum aku cerita segalanya, marilah kita buat sedikit “campak ke belakang” sebelum segalanya semua berlaku. Ya benar, ini merupakan semester terakhir untuk aku bergelar mahasiswa UiTM Raub dan berkemungkinan besar selepas ini akan menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya. Sebenarnya sudah membuat kiraan dalam kepala memandangkan sudah tahu jangkaan masa dari Minggu Kuliah 1 sehingga Miggu Kuliah 4. Kalau boleh tengok dalam entry post sebelum ini, aku hanya sempat post mana yang sempat. Tak terjejak blog yang satu ni nak update semua perkara tapi entry post kali ini mungkin akan ada bait kecewa, gembira, sedih dan sendu. Maklumlah ini sudah semester terakhir, yang kita berjumpa akan berpisah dan bawa haluan masing masing. Ada juga yang aku tidak kenal tiba-tiba rapat belum lagi pul