AKTIVITI SEMESTER 5 - PENUTUP DIPLOMA


Ketika jam sudah menunjukkan 5:14:50 petang, bermula sahaja saat ke 51 untuk mengakhiri Diploma aku sudah membuat kiraan untuk melengkapkan sisa terakhir untuk kertas peperiksaan terakhir. Tapi sebelum aku cerita segalanya, marilah kita buat sedikit “campak ke belakang” sebelum segalanya semua berlaku.
Ya benar, ini merupakan semester terakhir untuk aku bergelar mahasiswa UiTM Raub dan berkemungkinan besar selepas ini akan menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya. Sebenarnya sudah membuat kiraan dalam kepala memandangkan sudah tahu jangkaan masa dari Minggu Kuliah 1 sehingga Miggu Kuliah 4. Kalau boleh tengok dalam entry post sebelum ini, aku hanya sempat post mana yang sempat. Tak terjejak blog yang satu ni nak update semua perkara tapi entry post kali ini mungkin akan ada bait kecewa, gembira, sedih dan sendu. Maklumlah ini sudah semester terakhir, yang kita berjumpa akan berpisah dan bawa haluan masing masing. Ada juga yang aku tidak kenal tiba-tiba rapat belum lagi pula yang tiba-tiba tegur dan ucapkan tahniah mahupun semoga berjaya (Maafkan seketul Ronnie, sesungguhnya dia seorang pelupa).


Baiklah, bermula dari minggu pertama dan minggu seterusnya prestasi agak biasa mungkin disebabkan belum sepenuhnya terasa nak berpisah. Aktiviti pertama dalam Semester 5 adalah Seminar Kebangsaan di Parlimen (23 Febuari 2019). Seminar ini adalah gabungan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Telus (BERSIH) bersama dengan Parlimen Malaysia. Program ini mengupas tajuk “Reformasi Pilihan Raya: Manfaat Untuk Generasi Muda” dalam mengendalikan program ini aku turut diberikan kesempatan menjadi moderator forum. Pengalam sangat berbeza dengan program yang dianjurkan dalam kampus, maklumlah kita berurusan dengan institusi yang besar, jadi protokol dan korporat kita ikut gaya mereka. Jumaat sebelum program, kami bertolak ke Parlimen bagi menyiapkan tugasan dan sesi rehearsal buat yang terakhir. Pengalaman ini juga mendewasakan kami bertemu dengan kakak-kakak dari ABIM dan PKPIM. Mereka sangat suka bekerja dengan kami, katanya belum minta semua dah ada. Kadang-kadang tu bukan apa sebab dah biasa berprogram di UiTM jadi takut kalau ada benda yang tertinggal akan menyusahkan pula. Sepanjang minggu itu juga kami berkawan rapat dengan “geng parlimen”. Balik kolej dalam pukul 12 lebih, lepastu makan ramai-ramai di Bilik Pensyarah mana yang masak akan masak, mana yang buat air teh buat air teh dan yang masak keropok lekor tu kadang tak nampak keropok lekor tu dah masak, tahu tahu dah habis HAHAHAHA. Aku teringat yang kita suprise Sir Akmal dekat RNR Genting Sempah, punyalah sir tu muka cuak sebab kata Harry pengsan, kalau korang tengok muka sir sumpah dah macam apa. Ye dia kata takutlah Harry tu penat sampai terpengsan dalam bas maklumlah sebelum balik kami pergi berjimba kejap (HAHAHAAHAH bongkar Rahsia jap). Terima kasih kawan-kawan Parlimen untuk kenangan ini dan terima kasih sir Akmal Batman.



Aktiviti kedua selepas seminar Kebangsaan adalah Pertandingan Debat Intelektual Siswa (Desiswa) Peringkat Negeri Pahang (29-30 March 2019). Kalau rajin boleh singgah instagram Kelab Debat dan Pidato (@kdpuitmraub), sesungguhnya urusan mengendalikan pertandingan berskala besar ini sangat mencabar dan boleh dikatakan sangat luar biasa. Tapi aku tetap berpuas hati dengan ada bantuan ahli kelab, pensyarah dan staff bukan akademik yang banyak membantu. Turut berterima kasih pada Penolong Rektor, Dr Khairi Khalid, Penasihat Kelab Debat (Miss Hanani) dan Penolong Koordinator (Encik Khalid) tanpa mereka aku rasa usaha nak menjadikan kenyataan akan terbantut. Setelah beberapa bulan bertungkus lumus akhirnya sudah tiba hari mengendalikannya. Terima kasih pada semua universiti yang sudi menjadi peserta untuk pertandingan yang kami anjurkan. Tahniah UNITEN KSHAS juara bagi kategori BM dan UPNM Naib Johan untuk kategori BM. Manakala, Kategori Bahasa Inggeris Johan UiTM Raub dan Naib Johan adalah UiTM Pulau Pinang. Kenangan mengendalikan Debat ini sungguh bermakna, kalau nk dirungkai dari seawal proses menyiapkan kertas kerja, boleh aku buat 2 3 entry post agaknya. Terima kasih untuk kenangan ini wahai kawan dan pensyarah serta semua yang terlibat.

Seterusnya, aktiviti ketiga yang aku lakukan sebaik sahaja habis program Debat. Kini sudah tiba masanya nak bersama rakan sekelas tercinta. Trip Janda Baik ini kami rancang dari semester lepas sebab katanya nak ke sana dan ke sini. Hasil perbincangan akhirnya, bumi Pahang juga menjadi tempat pilihan untuk kami bercuti. Walaupun tak semua pergi, tapi kami semua cukup cukup sahaja. Urusan nak ke trip ni dilakukan seminggu sebelum, nak makan apa dan nak tidur dimana. Caj yang kami kenakan untuk setiap individu adalah RM60 termasuk pengangkutan, makanan dan penginapan (tak include minyak kereta sahaja). Lokasi adalah di Janda Baik, Pahang. Kami sewa satu kawasan perumahan tu, ada yang tanya selesa ke? Boleh tahan selesa sebab tuan rumah sangat baik makanan dan peralatan perkakas dapur semua lengkap boleh pakai, aku siap masak maggie malam tu lepastu berebut HAHAHAHAHA. Kami bertolak pada Hari Jumaat petang sekitar jam 3.00 petang dan sampai di Janda Baik dalam 4.30petang macam tu. Oh ya, sayalah ketua bagi rombongan dari Raub ( Iyee, maafkan hamba sebab laju dan memotong. Kalau along baca ni nahas aku HAHAHAHA). Aktiviti kami sangat ringkas ye, petang sampai tu kami main game ringan-ringan dan malam tu kami isikan dengan bacaan yaasin dan diakhiri dengan BBQ serta nyanyian suara sumbang HAHAHAHA. Pagi esoknya kami berangkat ke Genting Premium Outlet (GPO) untuk yang terakhirnya, Yalah dah lama duduk Raub/Pahang tapi tak jejak kaki ke sana. Ya benar, squad ku dalam kereta disajikan dengan lagu yang entah berapa kali diulang dari awal gerak sehinggalah sampai ke destinasi. Sudah semestinya Fira dan aku, mengangkat tangan acah-acah macam nyanyi note yang tinggi. Selepas selesai trip di GPO, kami bertolak ke UiTM Raub. Seperti biasalah, bila dah sampai di Raub semuanya terkulai layu sudah 2 hari lebih berjalan gamaknya. Apatah lagi pemandu-pemandu bertauliah. Kalau kawan-kawan ada yang terbaca posting ni, terima kasih untuk kenangan ini dan mohon jangan dilupakan saya.

Aktiviti aku yang keempat adalah aku turut serta dalam sebuah Forum Cakna Negaraku yang dikendalikan oleh Kelab Administrative United Student Society (AdminUs). Antara panel lain yang hadir adalah Sir Akmal Hisham (Batman) dan Saudara Izzat Afifi (Naib Presiden Majlis Belia Malaysia). Jujur aku katakan topik ini sangat berat, ditambahnya lagi aku sekadar bergelar graduan tapi bukanlah alasan untuk aku tidak turut serta untuk berkongsikan pendapat. Tajuk forum yang kami bawakan adalah “ICERD: Relevan Atau Tidak”. Boleh saya katakan bahawa topik ini agak lama dan kalau nk dibincangkan perlukan banyak kajian. Isu ICERD ini merupakan isu lama yang dibangkitkan akhir-akhir ini disebabkan penularan isu ini di media sosial yang mengatakan bahawa ICERD menganggu gugat “Pekara 153” dalam perlembagaan. Perbincangan ini memberikan peluang kepada aku mengupas tajuk ICERD ini tapi bantuan dari segi kajian agak kurang dan sempat nak menelaah video dan artikel akademik berkenaan dengan ICERD sahaja. Tapi perbincangan menjadi lebih hangat apabila tiba sesi soal jawab untuk isu ICERD, berpeluh juga nak menjawab. Lantas otak ku terpikir, begini gamaknya rasa kalau aku yang suka tanya soalan pada panel. Tapi syukurlah, soalan yang diajukan boleh untuk dikupas. Terima kasih kelab AdminUS sudi memberikan saya peluang menyuarakan pandangan sebagai mahasiswa dalam forum yang dianjurkan.

Aktiviti kelima adalah Majlis Kecemerlangan Akademik (MKA). Syukur! 4 kali berturut-turut diberikan peluang untuk menyertai MKA. MKA merupakan majlis yang diadakan bagi meraikan pelajar yang telah mendapatkan keputusan yang cemerlang dengan mendapat GPA 3.5 dan keatas. Majlis ini mengumpulkan kesemua pelajar daripada 3 fakulti utama di UiTM Raub. Bagi aku, MKA kali ini adalah MKA yang paling manis dan sangat bermakna jikalau sebelum ini aku hadir dengan kawan-kawan sefakulti yang ada aku kenal dan tidak, kali ini aku hadir dengan sahabat baik aku sendiri dan juga rakan sekelas. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana masa aku di MKA yang pertama dulu, hati kecil berbisik meminta andailah kawan-kawan aku ada sekali pasti seronok. Kalau kamu sedang membaca, terima kasih sebab sudi turun dan datang sesungguhnya saya sangat bersyukur! Dalam MKA ini juga aku berjumpa denngan si Afiq! HAHAHAHA.

Akiviti keenam dan terakhir adalah Persidangan Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi (FSPPP) Peringkat UiTM Raub. Persidangan ini adalah untuk mengumpulkan idea daripada mahasiswa mengikut semester masing-masing dan aku terpilih untuk mewakili pelajar semester 5. Aku kena bentangkan dua usul untuk Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA). Usul ini hendaklah mengandungi program-program yang boleh dijalankan pada semester akan datang. Sepanjang persidangan ini, usul akan melalui 3 fasa persidangan. Untuk fasa pertama, usul akan dibincangkan dalam kalangan delegasi. Syukur, 2 usul HEP da 2 usul HEA dari semester 5 telah diterima dan dibawa fasa berikutnya. Dalam fasa pertama, sesi soal jawab dibenarkan dan selepas sesi soal jawab. Sesi Undian akan dijalankan. Bagi fasa kedua persidangan, usul yang dibawa daripada persidangan pertama akan dinilai oleh Penasihat Kelab AdminUS, Pegawai Eksekutif HEP dan Pegawai Eksekutif HEA. Dalam sesi ini hanya sesi pembentangan dan sesi soal jawab dan tiada sesi undian. Dalam beberapa usul yang dibincangkan hanya beberapa sahaja yang diluluskan untuk ke proses seterusnya. Syukur sekali lagi, usul yang dibawakan oleh aku dan Azlan telah diterima sekali lagi memandangkan impaknya amat besar kepada pelajar fakulti ini sendiri. Sekali lagi terima kasih buat semua yang terlibat terutama MT AdminUS yang masih melibatkan kami pelajar semester 5.
Maka itulah retentan peristiwa dan juga aktiviti yang boleh diringkaskan untuk perkongsian semua. Terima kasih sudi membaca entry post kali ini. Next entry post adalah tentang Minggu Destini Siswa Julai 2019. 

p/s: Untuk gambar lagi, nanti akan diupload. 

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU DESTINI SISWA UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2019

Selamat Datang , UiTM Raub

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018