Selamat Datang , UiTM Raub

UiTM Pahang , Kampus Raub
Diberikan kesempatan untuk mengarang ...

 Keputusan Kemasukan Ke Universiti bagi tawaran kedua UiTM telah pun diumumkan dan keputusannya begitu baik dimana telah diberikan rezeki untuk menuntut ilmu dalam bidang yang berfokuskan kepada Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Telah ditempatkan di UiTM Cawangan Pahang , Kampus Raub. Untuk pengetahuan hanya ada dua kampus UiTM yang terletak di negeri Pahang. Kampus utama di Jengka manakala Kampus induk di Raub. 

Setelah melalui beberapa proses sebelum ke UiTM , barulah bertekad untuk benar-benar menyambung pelajaran dalam bidang ini dimana ia merupakan pilihan kedua semasa mengisi permohonan tawaran sesi kedua. Rezeki sambung belajar dalam Diploma Pentadbiran Awam ( Public Adminstration ). Untuk penjelasan lanjut tentang course diploma pentadbiran awam (dpa) ini akan diupdatekan dalam entry di masa akan datang. 

Sebelum hamba melangkah ke negeri Pahang, hamba sebenarnya dalam proses akhir semsester 1 untuk tingkatan 6. Banyak sangat aspek yang diambil kira sebelum bertandang ke Pahang. Selepas mendapat maklum balas dari guru-guru sekolah menengah dan guru-guru tingkatan 6 . Akhirnya menetapkan matlamat untuk meninggalkan pengajian di tingkatan 6. Walaupun tak menyangka langkah ini hanya singkat di tingkatan 6 tapi pengalaman yang ditimba itu sangat tinggi dan bukan semua boleh merasainya. 


Untuk pengetahuan semua , batch kedua untuk tawaran 2016 yang ditempatkan di Kampus Raub merupakan batch yang kedua merasmikan kampus Raub untuk sesi Minggu Destini Siswa . Kebanyakan para pelajar disini , terutamanya pelajar Part 3 dan keatas merupakan pelajar dari kampus cawangan Jengka dan Kampus Dungun Terengganu. Untuk makluman juga , di sini hanya menawarkan beberapa course pengajian sahaja dan hanya course diploma sahaja. Antara course yang ada disini adalah :

⧪ Diploma Pentadbiran Awam (AM110)
⧪ Diploma Statistik (CS111)
⧪ Diploma Pengurusan Perniagaan (BM111)
⧪ Diploma Perbankan (BM119)
⧪ Diploma Sains Komputer (CS110)

 Kampus Raub terdiri daripada 3 fakulti iaitu :

a) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
➤ Diploma Pentadbiran Awam (AM110)

b) Fakulti Sains Komputer dan Matematik
➤ Diploma Sains Komputer (CS110)
Diploma Statistik (CS111)

c) Fakulti Pengurusan Perniagaan
➤ Diploma Pengurusan Perniagaan (BM111)
➤ Diploma Perbankan (BM119)

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi merupakan fakulti yang mempunyai ramai pelajar dan merupakan fakulti yang unik kerana terdiri daripada pensyarah pelbagai bidang , iaitu Pensyarah Perakaunan , Pensyarah Undang Undang dan Pensyarah Pengajian Polisi .

 Untuk pautan lanjut:
Instagram Rasmi MDS UiTM Raub @mdsuitmraub 
Instagram Rasmi MPP UiTM Pahang @mpp.uitmpahang

Feels free to read : Minggu Destini Siswa Julai 2018 & Minggu Destini Siswa Julai 2019

Comments

  1. Hello, can I have your email? I would like to ask a few questions :)

    ReplyDelete
  2. Hi sure :) ronnieron1998@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Tumpang tnya mcm mana transport di uitm raub mcm mana

    ReplyDelete
  4. Tumpang tnya mcm mana transport di uitm raub mcm mana

    ReplyDelete
  5. Tumpang tnya mcm mana transport di uitm raub mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk transport dr uitm raub ke bandar ada dua pilihan. Sama ada menaiki van koperasi uitm berharga rm1.50 dan pilihan kedua , menaiki bas awam berharga rm1 .

      Delete
  6. Minggu destini siswa tu brapa lama?

    ReplyDelete
  7. Tumpang tanya kalau dapat raub dpa tukar kampus negeri sembilan boleh ke

    ReplyDelete
  8. salam, saya ambik gambar ni ye sebab lawa sangat ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINGGU DESTINI SISWA UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2019

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018