MINGGU DESTINI SISWA UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2019


Barisan PMDS Sesi Julai 2019


Beberapa minggu sebelum selesainya peperiksaan akhir, satu pautan telah disebarkan dalam group whatsapp katanya mencari Pembimbing Minggu Destini Siswa (PMDS). Seperti ada kebiasaan, PMDS diperlukan untuk membantu pihak UiTM untuk mengendalikan Minggu Destini Siswa (MDS). Minggu Destini Siswa adalah minggu orientasi yang disediakan oleh UiTM untuk pelajar ambilan baharu UiTM. Sepanjang Minggu Destini Siswa ini pelajar akan diberikan taklimat dan juga beberapa pendaftaran. Aku dah bertekad sebenarnya daripada semester 1 lagi untuk turut serta dalam MDS dan berhasrat nak ikut serta MDS yang terakhir, maksudnya sewaktu aku part5. Bagi aku, aku rasa aku terpanggil untuk berada di MDS yang ini supaya aku boleh berkongsi dengan adik-adik yang baharu mendaftar. Aku ada agenda untuk aku berkongsi segala pengalaman yang aku pernah rasa sebelum dan semasa masuk ke UiTM. Maka aku pun isi borang melalui pautan dan menunggu keputusan untuk senarai nama PMDS dikeluarkan. Ada beberapa syarat yang diletakkan kalau nak jadi PMDS antaranya adalah CGPA 2.75 keatas, tiada kes tatatertib dan aktif dalam berkelab/berpersatuan.

Sehari sebelum peperiksaan kertas PAD368 Industrial Relations, nama telah dikeluarkan dan mesyuarat telah dijalankan. Jujur bagi aku, aku sangat takut nak bekerja dengan PMDS buat MDS kali kedua ini. Salah satu sebabnya adalah aku dimaklumkan jumlah ambilan pelajar baharu mencecah 1500 pelajar. Tapi aku gagahkan juga untuk terus kekal jadi PMDS, yalah takkan lah aku nak tarik diri pula bila saat-saat akhir. Untuk makluman, PMDS kali ini banyaknya daripada pelajar semester 2 maksudnya mereka ini yang pernah aku jaga dulu waktu MDS yang pertama kalinya aku ditugaskan sebagai PMDS. Untuk MDS kali ini aku tidak mengharapkan apa apa terjadi sebab aku dah belajar banyak benda daripada MDS yang lalu. Tapi sekali lagi untuk MDS kali ini, aku diberikan tugas yang sangat berat iaitu sebagai Ketua Biro Program, Logistik dan Protokol tapi bernasib baik muka tidak pucat macam MDS yang sebelum ini HAHAHAHA. Maka berakhirlah minggu peperiksaan dan hari menghantar barang pulang ke rumah. Maka bermulalah minggu sebelum minggu MDS.

Biro Program, Logistik & Protokol

Seperti adat kebiasaan, PMDS perlu pulang lebih awal ke kampus untuk mengikuti kursus PMDS (Ini sangat wajib ya supaya skop kerja dapat dijalankan lebih awal sebelum MDS berlangsung). Pada tarikh 14 Julai 2019 aku telah kembali ke Kampus lebih awal daripada yang ditetapkan. Bagi aku baguslah juga sebab boleh balik awal dan rehat di katil kampus, maklumlah dah nak habis maka habiskan sisa sisa di kampus. Pada tanggal 18 sehingga 19 Julai 2019, satu Bengkel PMDS telah dijalankan dan kali ini UiTM Pahang mengabungkan dua kampus dalam satu bengkel, UiTM Jengka dan UiTM Raub. Sepanjang bengkel ini, PMDS yang telah terpilih diberikan taklimat berkenaan dengan Unit dalaman UiTM dan juga beberapa cara untuk menangani masalah sewaktu menjalankan tugas. Tugasan demi tugasan dilakukan bagi menyiapkan kerja sebelum MDS. Bagi biro Program sendiri, kami perlu memikirkan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang MDS termasuklah nyanyian lagu UiTM di Hatiku, lagu Wawasan Setia Warga UiTM, energizer dan pelbagai lagi. Disebabkan biro Program umpama jantung kepada MDS maka kami kena bekerja dengan lebih keras supaya MDS kali ini diingati sehingga pelajar ambilan baharu ni ingat sampai part5 nanti. Tapi kami sempat juga nak kuatkan “bonding” dalam kalangan biro Program, sempatlah juga nak ke Bentong pergi Chatime semata-mata nak minum air yang viral sekarang. HAHAHAHA



Pendaftaran Kolej

OC Ira bertugas menjaga pintu masuk

Siswi tengah susun fail untuk pendaftaran Kolej

OC Fadhil & OC Iman bertugas menjada kaunter AM110

OC Una & OC Ronnie sedang bertugas

Kini tibalah masa yang dinantikan, seawal jam 6pagi pada tarikh 21 Julai 2019 para PMDS telah berkumpul di depan UPK bagi sesi taklimat sebelum menjalankan tugas dan juga sesi spotcheck oleh Biro SDK (Jangan ingat pelajar baharu je kena, kami yang PMDS pun kena sekali). Kelihatan kelibat kereta dan ibu bapa sudah mula membanjiri kampus walaupun ianya baru jam 6 pagi, baguslah mereka ni sangat bersemangat sampai kami pun terkejut. Selesai taklimat, semua PMDS bersarapan dan bersiap sedia untuk berada di tempat yang ditugaskan dan pada hari pendaftran kolej ini aku ditugaskan sebagai “deejay” bersama dengan Una. Sangatlah penat untuk berada di kaunter ini tapi kami tetap tersenyum dan sentiasa bersedia nak menjawab soalan ibu bapa dan melayan juga beberapa ibu bapa. Untuk makluman, hari pertama mendaftar di UiTM anda akan terlibat dalam Pendaftaran Kolej sahaja dan pendaftaran ini membolehkan kamu mendapatkan kunci dan rumah. Borang yang diperlukan adalah hanya satu salinan surat tawaran dan satu salinan surat aku janji kolej (Dah boleh sediakan kalau anda masuk UiTM nanti ya). Para PMDS bertugas daripada pagi sehingga ke petang di pelbagai tempat seperti Pejabat Polis Bantuan, Parking, Medan Selera, Blok Tun Teja dan Blok Mat Kilau. Setakat jam 12 tengahari jumlah pelajar yang dimkalumkan hanyalah dalam lingkungan ratusan, terasa lega sebenarnya sebab jumlah tak mencecah 1500 seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Apabila jam 3 petang, status semasa jumlah pelajar adalah 1100 lebih, sekali lagi muka lega dalam kalangan PMDS, ada dua sebab kenapa lega pertama jumlah pelajar tak ramai maka senang untuk mengendalikan mereka dan keduanya jika jumlah tidak mencecah 1300 maka tiada pelajar yang akan menjadi Non-Residen. HAHAHAHAHA. Tapi apabila kaunter pendaftaran nak dekat tamat iaitu sekitar jam 4.15 petang, status semasa jumlah pelajar adalah 1436 PELAJAR!! Dalam ketawa mentertawakan jumlah ini terselit dalam kepala aku, apalah aku nak buat dengan jumlah 1436 pelajar ini. Selesai mengemas pendaftaran, aku kena bergegas ke Pusat Islam untuk menguruskan pelajar ini dan juga seterusnya bergegas ke Dewan Titiwangsa untuk taklimat HEA bagi pendaftaran utama. Selepas taklimat habis, pelajar diperkenalkan dengan para PMDS kemudiannya dilepaskan untuk solat dan makan. Tapi satu perkara yang menarik untuk MDS kali ini, pelajar baharu ini sangatlah aktif dan bersemangat. Kalau aku, dulu waktu MDS waktu petang tu lah mengantuk dan nak tidur.

OC Ronnie kongsi apa tu?

OC Maman tengah buat apa tu?



Untuk hari kedua, pengisian pelajar adalah Pendaftaran Utama iaitu melibatkan beberapa Unit dalaman UiTM seperti HEA dan Unit Kesihatan. Bagi hari kedua ini, pada awal pagi pelajar dipecahkan mengikut fakulti maksudnya pendaftaran dilakukan secara bergilir-gilir. Pada awal pagi pelajar AM110 akan berada di Pusat Islam manakala yang selebihnya berada di Dewan Titiwangsa. Aku rasa bersyukur sangat sebab aku dapat peluang untuk berjumpa dengan pelajar daripada fakulti sendiri sebab waktu itulah yang aku manfaatkan untuk aku berkongsi dengan mereka. Aku kongsikan pengalaman masuk ke UiTM dan beberapa tips untuk jadi pelajar AM110. Aku turut kongsikan pasal nota-nota yang aku ada buat untuk aku sendiri masa semester 1 sampai 4, kelainan semester 5 aku bergabung dengan kawan-kawan untuk nota. Dalam masa yang sama, aku ceritakan juga tentang keputusan SPM dan keadaan sewaktu Pra-U dahulu. Aku rasa hampir satu jam jugalah nak bercerita pasal AM110 ni dan kemudian ada beberapa pengisian yang kami buat seperti nyanyian lagu dan beberapa energizer. Pendaftaran utama sudah bertukar ke sesi sebelah petang. Maka seperti biasa pendaftaran AM110 pula berlaku dan apabila pendaftaran telah tamat. 

OC Alya tengah bawa student siswi ke mana tu?


OC Iman tengah hantar student utk Kembara Kampus.



Maka pergerakan seterusnya adalah untuk aktiviti Kembara Kampus selepas solat Asar. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan akan ada OC (Orientation Committee) yang menjaga. Jadi sepanjang kembara kampus ini pelajar akan didedahkan dengan Blok Akademik, Bangunan Pentadbiran dan beberapa bangunan lain. Tapi bersyukurlah dapat UiTM Raub sebab kampus sangat kecil dan nak pusing-pusing pun tak penat, bayangkanlah kalau di UiTM yang berkapasiti besar macam kampus Utama. Peninglah OC-OC ni nak menalaah setiap tempat. Maka selesai sudah hari kedua. Penat ke tak? Sebenarnya tak penat pun MDS ni sebab kebanyakkan perjalanan program tak memerlukan pergerakan yang banyak kecuali Kembara Kampus.


Okay seterusnya, kita beralih kepada hari ketiga. Baik untuk pengisian hari ketiga pelajar akan mempunyai taklimat dari pagi sehinggalah ke petang. ( Seriously, taklimat lagi? ) Ye betul! Taklimat tapi seperti yang sedia maklum takda pergerakan apa apa pun jadi takdalah penat kan. Pengisian sebelah pagi adalah sesi taklimat bersama KPP (Ketua Pusat Pengajian). AM110 berada di Pusat Islam, CS110&111 berada di DK300 manakala BA119&BA111 berada di Dewan Titiwangsa. Manakala di sebelah petang pelajar dipertemukan dengan Timbalan Rektor HEA dan Timbalan Rektor HEP. Seronok sangat pelajar baharu ni semasa Taklimat Timbalan Rektor HEP, biasalah kalau Dr Fauzi turun ke UiTM Raub mesti dia suka bawa hadiah dan buat sesi soal jawab. Ada tu tahu jawapan tapi segan nak jawab malah ada yang segan nak bangun! Aduh! Aduh! Selesai sesi taklimat dan sebagainya, maka pengisian sebelah petang untuk MDS kali ini adalah slot Riadah, maklumlah dah penat duduk maka kena adalah regangan badan sedikit. Part paling menarik sekali waktu riadah kali ini adalah budak-budak ni menyanyi waktu lagu tu stop ya betul! Diaorang siap sambung sampai habis. Tapi jujurlah dia punya instructor yang datang buat senam robik ni memang superb aku yang menari berapa langkah je pun dah semput. Ingatkan 2 3 lagu sahaja sekali lebih dari tu. Penat sangat hari kedua ni, part senamrobik lah. Jadi pastikan untuk pakaian riadah bawa baju putih berkolar utk siswa dan siswi baju lengan panjang.

Taklimat Ketua Pusat Pengajian -Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM)

Untuk hari yang keempat, pengisian disebelah pagi dan petang hanyalah taklimat untuk pelajar baharu. Jadi taklimat seperti biasa dan pelajar pun berada di dewan. Tapi sedar tak sedar, rasanya tinggal sehari lagi untuk MDS berjalan dan kemudiannya akan tamat. Pengisian hari yang keempat ini banyak mengenai Perpustakaan, Kebajikan dan sebagainya. Tapi yang menariknya hari keempat adalah pelajar disajikan (WAAUUU) dengan FORUM bersama PMDS. Forum yang dijalankan ini dikendalikan oleh aku sendiri sebagai Moderator dan panelnya adalah terdiri daripada 3 MPP dan 1 wakil JPK. Sepanjang forum berlangsung, perkongsian yang diketengahkan adalah berkenaan dengan skop akademik, penglibatan dalam kelab dan juga elemen kepimpinan. Selesai dan tamat hari ketiga. Tak penat pun MDS ni jangan risau, anda akan duduk dan dengar ceramah! Kalau rasa lapar jangan lupa beli dengan OC yang tengah berniaga tu takut nanti lepas MDS rindu pula! HAHAHAHA


Manakala untuk pengisian bagi hari kelima, seperti biasa pelajar ini akan dikumpulkan di Dewan Titiwangsa dan akan mendengar ceramah atau taklimat. Taklimat paling penting di awal pagi adalah Taklimat English Placement Test (EPT), apa tu EPT? EPT ni adalah salah satu bentuk ujian seakan-akan seperti MUET. Jadi kepada yang lulus ujian EPT ini anda boleh dikecualikan daripada mengambil kod kursus ELC semasa semester1. Susah ke? Tidak susah dan tidaklah juga senang. Paling penting kalau yakin ambiklah. Kalau rasa tak yakin maka jangan bazirkan duit. Berkerut dahi korang dengar pensyarah tu bagi taklimat bahasa Inggeris. Ya benar! Pengajian dan pembelajaran di UiTM menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kelas. Jangan terkejut. Baiklah seterusnya adalah taklimat dan taklimat sehinggalah jam 4 petang. Bagi aktiviti selepas pukul 5, para pelajar akan mengikuti satu aktiviti santai iaitu “Circle in Group”. Untuk aktiviti ini pelajar banyaknya bersuai kenal dengan pelajar yang baharu dalam kumpulan, jadi para OC ni akan memperkenalkan semua sistem yang perlu mereka tahu termasuklah penggunaan Student Portal dan EQPS. Selebihnya adalah sesi nak bergambar dengan OC. Maka selesai aktiviti tersebut maka selesai lah hari kelima. Kalau diikutkan MDS yang sebelum ini, hari kelima adalah MDS yang terakhir tapi untuk tahun ini agak sedikit berbeza sebab MDSnya lebih dari 5 hari.


Untuk pengisian hari terakhir, untuk sebelah pagi pelajar yang beragama Islam akan terlibat dengan Asas Pembangunan Insaniah (API). Apa tu API? API merupakan ujian saringan yang dilakukan kepada pelajar beragama Islam dan mereka ini akan diminta oleh fasilitator untuk menyebutkan serta membacakan beberapa ayat. Contohnya Doa Qunut, Rukun Iman, Rukun Islam, Surah al-Fatihah dan sebagainya. Jadi kepada yang akan masuk UiTM dan sudah membaca entry post ni dah boleh bersedia untuk perbaiki apa yang patut. Tips! Jangan gugup sebab fasilitator tak makan orang pun. Untuk pengetahuan juga, kepada yang tidak berjaya untuk ujian ini nama anda akan disaringkan dan akan dimasukkan dalam senarai nama khas untuk mengikuti kelas kelas tertentu. 



Okay selesai yang itu maka kita ke intipati seterusnya! Part yang paling mendebarkan! Penutup Minggu Destini Siswa, aduh aduh! Aku tak tahu kenapa setiap kali penghujung MDS aku akan takut! Bukan apa sebab mereka ni suka nak kenakan orang dan terjadilah pada hari kejadian aku tak tahu apa yang jadi dengan aku hari tu sebabnya aku dapat bau sesuatu daripada tindakan mereka. Tapi aku diamkan sahaja sehinggalah saat aku membacakan surat layang daripada student-student ni, bukan main ye menulisnya taktahulah puji ke perli diaorang ni. HAHAHAHAHA. Terima kasih kepada semua yang sudah memberikan surat layang. Tapi semasa aku bacakan surat layang tu, aku dah dengar muzik lagu bollywood. Tapi seperti yang aku katakan aku buat taktahu sehingga mereka ni masuk ke dalam Dewan dan menari. Aku pun turut serta menari dengan bahagianya! Okay done that part, seperti biasa mereka akan pasangkan video montaj sepanjang MDS dan aku pun turut serta menonton seperti tidak ada apa apa yang berlaku tapi dalam kepala masih terfikir apa yang akan terjadi. Sehinggalah video montaj tersebut habis dan kemudiannya si Afiq dah cakap depan mic “VGA1” “VGA1”. Wajah yang aku nampak di depan skrin putih adalah Miza dan aku pun tertanya apa kaitan Miza dan MDS kali ni! Aku terdiam seribu bahasa dan bila audio tu buka dan aku terkejut! Rupa-rupanya itulah kejutan yang mereka nak bagi dekat aku! A compilation of video “3 THINGS ABOUT RONNIE”, aku okay je sepanjang video ni dimainkan sehinggalah satu part hujung tu ada sorang kawan aku dalam video tu! Tak pasal-pasal lah keluar air mata jantan. Aku bukan apa yalah sebab since habis hari tu aku tak pernah ada proper goodbye dengan kawan aku tu! Tapi pagi tu sebenarnya macam nak terbongkar dah rahsia cumanya aku tak syak apa apa sebab kawan aku yang sorang ni awal-awal pagi dah WS! Tak ke pelik dia tu bukan selalu ws sangat jarang dan aku pun layan macam biasa. Okay dah, sikit-sikit je! Time aku takda suara lah si Aina suruh aku nyanyi lagu Salam Akhir! Sudahhhh, aku pun layankan aje dan penutup petang tu, kami yang PMDS kongsikan pengalaman dan nasihat kepada semua adik-adik baharu ni. Walaupun aku rasa sebak dihari terakhir tapi aku bersyukur sangat-sangat yang aku ada team PMDS yang sporting dan juga adik-adik MDS yang sangat energetic! Terima kasih banyak-banyak!

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak.
Esok jangan rindu-rinduan!

Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang MDS dan tahniah untuk yang dapat masuk UiTM! Kepada pelajar baharu sila ikut update semasa di ig @mdsuitmraub. Kalau nk tanya pun boleh!

Kalau dah baca, komenlah sikit pengalaman MDS dekat UiTM Raub! Tinggalkan komen tau! Sharekan part mana yang korang paling suka pasal MDS UiTM Raub?

p/s: Untuk video montaj, sila klik link Montaj MDS Sesi Julai 2019

Credit Photo: Biro Multimedia 


Comments

  1. Rasa terharu baca oc Ronnie punya blog, ktorang energetic time mds sebab oc oc semua sporting ��������, I wish u all the best sir Ronnie, semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan, ok dah sikit sikit je��

    ReplyDelete
  2. Juga bersama ronnie sebagai pmds, tapi terkenang saat pertama kali memasuki uitm.. Ronnie juga merupakan oc semasa mds batch saya.. Teringat akan kata2 nya semasa di Pi mengenai Uitm.. Katanya buktikan masuk uitm juga boleh berjaya.. Dari hari itu, saya menyimpan azam yang sama namun terlambat sedikit gerakkannya.. Mula menyertai persatuan ketika di semester 2, saya lihat dan perhati, ramai insan2 hebat yang selari azamnya bersama Ronnie :) bersyukur dan gembira kerana dapat menyertai mds kali ini bersama Ronnie kerana bagi saya, beliau berjaya menyuntik semangat dan azam beliau sejak kepada saya sejak setahun yang lepas lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks masukkan gambar saya amik dalam blog ronnie ehehe 0:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat Datang , UiTM Raub

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018