MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018
Seperti kebiasaan
pada setiap tahun, kemasukan pelajar baharu adalah sesuatu perkara akan berlaku
di mana-mana institut pengajian tinggi. Sama seperti UiTM Kampus Raub,
kemasukan pelajar baharu disambut dengan Minggu Destini Siswa (MDS). MDS ini
merupakan platform bagi mahasiswa baharu untuk mendapatkan maklumat berkenaan
dengan kampus dan juga untuk melakukan beberapa pendaftaran bagi kemasukan ke
Universiti.
Borang Pembimbing
Minggu Destini Siswa (PMDS) mula diedarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Antara orang yang mengambil borang tersebut, termasuklah aku. Boleh dikatakan
dua tiga kali juga berfikir disebabkan tarikhnya betul-betul selepas tarikh
peperiksaan akhir. Memikirkan nak berulang alik daripada kampus ke rumah dan
dari rumah ke kampus semula. Tapi tak mengapa, isi punya isi lalu dihantar dan
keputusan PMDS keluar selepas Hari Raya dan tahniah nama dicalonkan sebagai
layak untuk menjadi PMDS. Apa-apa pun buat yang tidak berjaya, jangan putus asa
teruskan mencuba di semester akan datang.
PMDS mula berkumpul
di Kampus Raub bermula dari tarikh 13 Julai oleh kerana perlu menghadirkan diri
ke Kursus PMDS yang dijalankan di Kampus. Seramai 40 PMDS berkumpul bagi
mendengar taklimat dan sebagainya daripada staff pentadbiran. Ini bagi
membolehkan PMDS menyampaikan maklumat yang tepat ketika disoal oleh
mahasiswa/i yang baharu. Namun juga turut diselitkan aktiviti “soft skills”
ketika Kursus.
Minggu Destini
Siswa (MDS) UiTM Kampus Raub bermula pada tarikh 15 Julai 2018. Pada tarikh
ini, pelajar hanyalah melakukan pendaftaran kolej dan juga taklimat daripada
HEA berkenaan pendaftaran utama. Pendaftaran kolej dilakukan seawal jam 8 pagi
berbeza dengan tentatif yang telah ditetapkan oleh kerana ramai ibu bapa yang
telah hadir awal ke Kampus. Menurut mereka, di luar kampus Raub tengah sesak.
Pendaftaran utama tamat pada 4 petang dan diikuti taklimat oleh pegawai HEA
berkenaan pendaftaran utama esok hari. Pada hari pertama ni, semuanya dah mula
lesu mungkin saja ada yang penat takpun masih tak dapat terima kenyataan akan
berjauhan dengan ibu bapa takpun bantal busuk HAHAHAHAHAHAHA !!
Pada hari Kedua,
mereka akan dikejutkan pada jam 4 pagi. Lagilah pening budak-budak ni, dah lah
terbiasa bangun lambat beberapa bulan ini pula kena bangun jam 4 pagi. Apakah
nasib? Pada hari kedua, aktiviti agak ringan kerana hari kedua hanya melibatkan
aktiviti Pendaftaran Utama dan Kembara Kampus. Disebabkan jumlah mereka terlalu
ramai, maka terpaksa dipisahkan kepada 2 kumpulan. Agak susah untuk dikawal
oleh Biro Program terutama di Pusat Islam. Tapi dengan bantuan biro lain,
syukurlah kurang sikit penatnya. Tapi budak-budak ni terpaksalah dengar OC-OC
berleter, EH! Bukan berleter kami berkongsi pengalaman apa yang ada di
Universiti. Mana yang baik simpan, mana yang buruk jadi sempadan. Untuk
aktiviti kembara kampus, petang-petang dah pusing kampus. Panas matahari
memancar. Tapi berterima kasih kepada semua student yang baru sebab bagi
kerjasama yang baik walaupun awalnya agak kelam kabut. Hari kedua mereka tamat
pada jam 9 malam. Berbanding dengan OC-OC, kami berakhir dalam jam 12 tengah
malam.
Pada hari Ketiga,
kebanyakan pengisian adalah berbentuk taklimat. Jadi mereka ni duduk lah di
kerusi sepanjang hari kecuali kalau nak bergerak ke Medan Selera untuk makan
atau ke Pusat Islam untuk Solat. Cerita hari ketiga, keakraban di antara OC
dengan student baru makin rapat. Kebanyakan mereka turut serta dalam semua
aktiviti yang dilakukan tapi mungkinlah ada yang rasa penat dan tak puas hati
sebab disuruh makan cepat. Hari ketiga tak banyak ragam cuma ada beberapa
perkara berlaku lah. Slot sebelah petang mereka diisi dengan Forum MPP, jadi
semua mahasiswa/i baru dapat berkenalan dengan lebih dekat pemimpin pelajar
yang ada di UiTM Kampus Raub.
Pada hari keempat,
seperti biasa taklimat disediakan dari awal pagi sehingga ke petang. Antara
taklimat yang ada adalah Taklimat UiTM DiHatiku, Taklimat Tanah Airku, dan juga
taklimat dari Ustaz Syafawi berkenaan dengan akhlak dan keperibadian serta
taklimat zakat. Pada sebelah petang, mereka berada di Padang Bola UiTM Raub
untuk slot bersama PMDS iaitu Senamrobik. Senamrobik dikendalikan oleh Biro
Pentadbiran & Sukan.
Pada hari terakhir,
( dah sampai hari terakhir pun, sekejap
saja MDS ni ) pengisian seawal pagi
adalah taklimat bersama Ketua Pusat Pengajian. Memandangkan UiTM Kampus Raub
terbahagi kepada 3 Fakulti utama maka Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian
Polisi berada di DK300, Fakulti Sains Komputer dan Matematik di DK200 dan
Fakulti Perniagaan dan Perbankan di Dewan Titiwangsa. Selepas taklimat bersama
Ketua Pusat Pengajian, mereka diperkenalkan dengan Timbalan Rektor HEA iaitu
Prof Madya Dr Azhan @ Ismail dan juga Timbalan Rektor HEP iaitu Dr Fauzi Azmi.
Pada slot sebelah petang, ada sedikit Majlis Penutupan Minggu Destini Siswa
(MDS). Dimana Penolong Rektor iaitu Dr Khairi Khalid menyampaikan ucapan
Perasmian Penutup. Selesai perasmian penutup, sedikit majlis ringkas bersama
PMDS, kebiasaanya setiap MDS akan ada slot akhir dimana PMDS akan bersama-sama
dengan siswa/i baharu. Agak sedih sebenarnya untuk melepaskan mereka, kalau teringatkan dahulu
kesudahan MDS akan diselang cuti seminggu dan terus naik minggu Kuliah. Tapi
semenjak ada perubahan baharu, mereka dikehendaki berada di kampus untuk tempoh
masa 3 minggu lagi. Jadi mahasiswa/i baru kena berdikari untuk berada di kampus
memandangkan tiada pelajar lama di dalam kampus kecuali jika ada program.
Itu sahaja
ringkasan untuk minggu Destini Siswa bagi UiTM Kampus Raub. Ini merupakan
ulasan bagi minggu tersebut. Untuk bingkisan tidak formal, mohon tunggu entry
seterusnya.
Comments
Post a Comment