Posts

Showing posts from 2020

PROJEK MEJA BELAJAR SIR RONNIE

Image
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Sejahtera, PENGENALAN PROJEK Terlebih dahulu, terima kasih buat Tuan/Puan yang sudi melapangkan masa untuk meneliti dengan lebih terperinci berkenaan dengan projek yang sedang saya jalankan buat ketika ini iaitu #ProjekMejaBelajarSirRonnie. Tuan/Puan, sedikit pengenalan mengenai diri saya, saya Ronnie Anak Anthony merupakan seorang pelajar tahun 2 jurusan Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Saya merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik. Mendapat Pendidikan awal di Pra Sekolah SK Nanga Oyan dan kemudian berpindah ke SK Puchong Indah, ketika sekolah menengah saya merupakan pelajar di SMK Puchong Perdana. Manakala, bagi peringkat pengajian tertiari, saya menyambung pengajian di peringkat Diploma di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dalam bidang Pentadbiran Awam. Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar apabila seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19. Tidak terhenti disitu, kita sudah tidak boleh kekal dengan norma lama, maka dengan itu