PROJEK MEJA BELAJAR SIR RONNIE



Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Sejahtera,

PENGENALAN PROJEK

Terlebih dahulu, terima kasih buat Tuan/Puan yang sudi melapangkan masa untuk meneliti dengan lebih terperinci berkenaan dengan projek yang sedang saya jalankan buat ketika ini iaitu #ProjekMejaBelajarSirRonnie.

Tuan/Puan, sedikit pengenalan mengenai diri saya, saya Ronnie Anak Anthony merupakan seorang pelajar tahun 2 jurusan Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Saya merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik. Mendapat Pendidikan awal di Pra Sekolah SK Nanga Oyan dan kemudian berpindah ke SK Puchong Indah, ketika sekolah menengah saya merupakan pelajar di SMK Puchong Perdana. Manakala, bagi peringkat pengajian tertiari, saya menyambung pengajian di peringkat Diploma di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dalam bidang Pentadbiran Awam.

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar apabila seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19. Tidak terhenti disitu, kita sudah tidak boleh kekal dengan norma lama, maka dengan itu kerajaan telah hadir dengan kempen “Norma Baharu” dalam setiap aspek kehidupan seharian. Bidang Pendidikan turut terkesan dengan impak pandemik COVID-19. Pada bulan Mei, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pemulihan (PKP) bagi mengantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hampir mencecah tempoh 2 bulan. Sepanjang tempoh ini, pihak kementerian melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut mengambil langkah dengan membenarkan pelajar atau mahasiswa untuk kembali ke sekolah atau kampus dengan bersyarat. Namun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan cadangan kepada IPTA/IPTS untuk menangguhkan kemasukan pelajar baharu dan lama ke universiti memandangkan kes sudah mula naik semula. Manakala, pada pertengahan November 2020, kita dimaklumkan semula oleh Kementerian Pendidikan bahawa semua sekolah di seluruh Malaysia akan ditutup dan akan dibuka semula kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sesungguhnya, saya rasakan perkara ini serba sedikit memberikan tekanan kepada para pelajar yang berada di tahun akhir pengajian atau pelajar sekolah yang bakal mengambil peperiksaan besar seperti SPM, STPM, STAM dan sebagainya.

Saya juga percaya bahawa pandemik ini serba sedikit telah menggangu pendapatan golongan yang kurang berkemampuan. Pastinya, semua peringkat dan golongan sangat terkesan dengan pandemik ini, lebih-lebih lagi mereka yang berada di kelompok B40.

Tuan/Puan, saya juga merupakan seorang pelajar universiti yang masih menuntut di universiti dan saya akui bahawa pembelajaran secara atas talian agak mencabar dari segi mental dan juga fizikal. Pembelajaran secara atas talian sememangnya tidak boleh mengantikan metadologi pembelajaran secara bersemuka memandangkan kita sudah terbiasa dengan kaedah yang sedia ada. Namun, disebabkan pandemik ini begitu kuat impaknya sehingga memberikan kesan kepada bidang pendidikan, mahu atau tidak mahu kita harus teruskan sesi akademik berkonsepkan pendidikan norma baharu.

Turut menyedari hakikat bahawa untuk mendapatkan mutu pembelajaran yang terbaik adalah dengan mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif disamping kehadiran gadjet. Keadaan kondusif ini keadaan seperti di dalam sebuah bilik darjah, pelajar diberikan kerusi dan meja serta sebuah bilik darjah untuk mereka mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp).

Maka dengan itu, saya hadir dengan niat ikhlas untuk berkongsi bersama dengan rakan-rakan mahupun adik-adik daripada sekolah rendah/menengah yang tidak berkemampuan untuk mempunyai “meja belajar” di rumah. Saya percaya, bahawa meja belajar ini merupakan keperluan untuk pelajar, lebih-lebih lagi apabila sekarang pelajar/mahasiswa berada di rumah untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp). Saya tidak menafikan ada daripada golongan pelajar ini menggunakan meja makan, sofa, lantai bahkan sofa untuk mereka menyiapkan tugasan mahupun untuk tujuan pembelajaran yang lain.

Saya percaya melalui #ProjekMejaBelajarSirRonnie, para pelajar/mahasiswa boleh menggunakan meja belajar ini untuk menyiapkan tugasan serta untuk menwujudkan suasana yang kondusif seakan-akan berada di dalam bilik darjah.

Memandangkan projek ini merupakan projek pertama yang akan dijalankan, maka sasaran utama untuk projek ini adalah untuk golongan yang benar-benar tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan meja belajar di rumah. Jumlah golongan sasaran yang ditetapkan oleh saya sendiri adalah sebanyak 10 orang pelajar sahaja dengan target kutipan dana adalah sebanyak RM200. Anggaran bagi satu harga meja yang bakal dibekalkan adalah pada harga RM20 bagi setiap unit.

Namun begitu, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan sekiranya tuan/puan berhasrat untuk menyumbang kewangan lebih daripada jumlah sasaran saya. Sekiranya jumlah kutipan ini melebihi angka kutipan, kebarangkalian untuk jumlah penerima lebih daripaa10 orang boleh diusahakan, walaubagaimanapun perkara ini akan bergantung kepada jumlah kutipan semasa.

Pemilihan untuk bantuan ini akan dilakukan melalui platform googleform yang akan diedarkan kelak. Beberapa kriteria yang telah saya sendiri tetapkan, antaranya adalah pelajar/mahasiswa yang merupakan anak daripada golongan B40 ataupun anak kepada ibu tunggal. Sekiranya ada syarat tambahan lain, saya akan muat naikkan di dalam laman media sosial Instagram, Twitter dan Facebook.

Memandangkan keadaan sekarang menyukarkan kita untuk menyampaikan bantuan secara bersemuka, maka kaedah dan pilihan penyampaian yang akan saya gunakan adalah melalui medium Shopee yang mana segala proses pembelian akan dilakukan oleh saya sendiri manakala proses penghantaran meja ini pula akan dilakukan pihak penjual sepenuhnya.

Tuan/Puan,

Sehingga disini sahaja kata-kata yang saya boleh ungkapkan mengenai #ProjekMejaBelajarSirRonnie. Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk mendapatkan perkembangan terkini, sila rujuk laman media sosial yang telah saya sertakan di dalam poster.

Yang benar, Ronnie.


UPDATE 29 NOVEMBER 2020 - JUMLAH KUTIPAN SEMASA



PAUTAN GOOGLEFORM UNTUK PERMOHONAN

ARAHAN : SILA GUNAKAN ALAMAT EMAIL YANG AKTIF UNTUK MEMOHON, SILA PASTIKAN ALAMAT EMAIL JELAS DAN TEPAT.

SILA ISIKAN KESEMUA BAHAGIAN YANG TERDAPAT DALAM BORANG PERMOHONAN INI.
  • BAHAGIAN 1 - EMAIL
  • BAHAGIAN 2 - MAKLUMAT PEMOHON
  • BAHAGIAN 3 - LATAR BELAKANG PEMOHONAN
  • BAHAGIAN 4 - LATAR BELAKANG IBU/BAPA/PENJAGA
  • BAHAGIAN 5 - RUJUKAN ( SILA ISIKAN MAKLUMAT ORANG TERDEKAT DENGAN ANDA SPT GURU/PENSYARAH)
SILA BACA DENGAN TELITI KRITERIA DAN CARA MENGISI GOOGLEFORM


TATACARA PENGISIAN

    1. PASTIKAN SEMUA BAHAGIAN DIISIKAN DENGAN HURUF BESAR
    2. SILA ISIKAN MAKLUMAT DENGAN TEPAT DAN BETUL
    3. SILA GUNAKAN EMAIL YANG SEDANG AKTIF UNTUK TUJUAN PEMAKLUMAN BERKENAAN DENGAN KELULUSAN PERMOHONAN.

KRITERIA PEMILIHAN

    1. PELAJAR SEKOLAH/IPTA/IPTS/POLITEKNIK/MATRIKULASI/IPG/ILKA YANG MASIH AKTIF.
    2. JUMLAH PENDAPATAN TERKUMPUL IBU/BAPA ADALAH DIBAWAH RM1500
    3. PELAJAR IPTA/IPTS/POLITEKNIK/MATRIKULASI/IPG/ILKA HENDAKLAH BUKAN DARIPADA PENERIMA MANA-MANA TAJAAN ATAU PINJAMAN KEWANGAN (PTPTN ATAU PINJAMAN PEMBOLEH-UBAH)
    4. PELAJAR YANG SUDAH TIADA BAPA DAN DISARA OLEH IBU TUNGGAL DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON


UPDATE 09 MEI 2021 - PENDOKUMENTASIAN 

  • FASA PENGUTIPAN DANA & FASA PERMOHONAN



  • FASA PENGAGIHAN SUMBANGAN MELALUI POS







Comments

Popular posts from this blog

MINGGU DESTINI SISWA UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2019

Selamat Datang , UiTM Raub

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018