Posts

Showing posts from 2018

KAMI JUARA DEBAT GREEN YOUTH CHALLENGE

Image
AMARAN ! ENTRY POST KALI INI MUNGKIN LEBIH PANJANG ! SELAMAT MEMBACA ! Azlanie, Haikal, Ronnie, Azrul, Ummi dan Syazlia Sejurus sahaja berlabuhnya MDS yang lepas, whatsapp dari saudara Kapten Debat, Azrul dalam group MT/EXCO KDP. Katanya Dr Khairi (Penolong Rektor UiTM Raub) minta kita wakilkan UiTM Raub untuk pertandingan Debat bagi peringkat Negeri Pahang. Berduyun-duyun lah whatsapp buat sementara sebab nak buat team. Tanpa fikir panjang, maka aku balas "Join". Maka bermulalah pengembaraan ke Debat Uniten.  Seperti biasa, kalau ada pertandingan debat. Harus ada sesi latihan untuk berdebat dan juga tujuan bagi mengumpul fakta "extract facts" katanya. Maka 8 Ogos 2018, maka berlabuhlah kami bertiga ke UiTM Raub semula bagi meneruskan perjuangan (Kenapa bahasa malam ni terlebih sangat hahahaha). Sesi latihan siang dan malam, itu perkara biasa. Tapi bila duduk di kampus ketika waktu cuti ni membosankan, maklumlah sekarang student UiTM tengah bercuti. Maka

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018

  Seperti kebiasaan pada setiap tahun, kemasukan pelajar baharu adalah sesuatu perkara akan berlaku di mana-mana institut pengajian tinggi. Sama seperti UiTM Kampus Raub, kemasukan pelajar baharu disambut dengan Minggu Destini Siswa (MDS). MDS ini merupakan platform bagi mahasiswa baharu untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kampus dan juga untuk melakukan beberapa pendaftaran bagi kemasukan ke Universiti.   Borang Pembimbing Minggu Destini Siswa (PMDS) mula diedarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Antara orang yang mengambil borang tersebut, termasuklah aku. Boleh dikatakan dua tiga kali juga berfikir disebabkan tarikhnya betul-betul selepas tarikh peperiksaan akhir. Memikirkan nak berulang alik daripada kampus ke rumah dan dari rumah ke kampus semula. Tapi tak mengapa, isi punya isi lalu dihantar dan keputusan PMDS keluar selepas Hari Raya dan tahniah nama dicalonkan sebagai layak untuk menjadi PMDS. Apa-apa pun buat yang tidak berjaya, jangan putus asa teruskan me

PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENOLONG REKTOR (ASRECT CUP)

Image
  UiTM Cawanga n Pahang Kampus Raub melalui Kelab Debat dan Pidato telah mengadakan sebuah pertandingan debat yang bertemakan Asian Parliamentry. Pertandingan ini telah dianjurkan pada 21 April 2018 dan berakhir pada 3 Mei 2018. Penganjuran pertandingan debat ini adalah bertujuan untuk mengasah bakat mahasiswa dalam Kampus Raub terutamanya dalam bidang pengucapan awam. Selain itu, pertandingan ini juga turut memfokuskan untuk meningkatkan kebolehupayaan mahasiswa dalam menyampaikan idea dan mesej dengan jelas bagi serta penuh keyakinan. Penganjuran pertandingan ini adalah bersempena dengan nama penolong rektor UiTM Kampus Raub. Pada awal perbincangan bersama dengan beliau, Dr Khairi Khalid beliau amat bersetuju dengan penganjuran program seperti ini malahan beliau juga amat berbangga dengan penganjuran program yang melibatkan penglibatan mahasiswa Kampus Raub terutamanya. Pada permulaan perbincangan, pada awalnya Pertandingan Debat Piala Penolong Rektor (ASRECT CUP) dicadangka