PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENOLONG REKTOR (ASRECT CUP)


 UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub melalui Kelab Debat dan Pidato telah mengadakan sebuah pertandingan debat yang bertemakan Asian Parliamentry. Pertandingan ini telah dianjurkan pada 21 April 2018 dan berakhir pada 3 Mei 2018. Penganjuran pertandingan debat ini adalah bertujuan untuk mengasah bakat mahasiswa dalam Kampus Raub terutamanya dalam bidang pengucapan awam. Selain itu, pertandingan ini juga turut memfokuskan untuk meningkatkan kebolehupayaan mahasiswa dalam menyampaikan idea dan mesej dengan jelas bagi serta penuh keyakinan.

Penganjuran pertandingan ini adalah bersempena dengan nama penolong rektor UiTM Kampus Raub. Pada awal perbincangan bersama dengan beliau, Dr Khairi Khalid beliau amat bersetuju dengan penganjuran program seperti ini malahan beliau juga amat berbangga dengan penganjuran program yang melibatkan penglibatan mahasiswa Kampus Raub terutamanya. Pada permulaan perbincangan, pada awalnya Pertandingan Debat Piala Penolong Rektor (ASRECT CUP) dicadangkan untuk diadakan pada peringkat universiti dimana penganjuran ini akan melibatkan institut pengajian tinggi awam dan swasta. Namun, disebabkan kekangan dan juga memandangkan program ini julung kalinya diadakan, skop pertandingan ini dibuka kepada mahasiswa peringkat kampus sahaja.
Penyertaan bagi pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Kelab Dalaman yang bernaung dibawah Dewan Eksekutif Mahasiswa dan juga turu dibuka kepada pelajar yang berminat. Penyertaan bagi pertandingan ini dibuka kepada 2 kategori bahasa iaitu Kategori Bahasa Inggeris dan Kategori Bahasa Melayu. Jumlah penyertaan bagi kategori Bahasa Melayu agak memberangsangkan apabila mendapat jumlah pasukan sebanyak 14 pasukan. Manakala, kategori Bahasa Inggeris penyertaan adalah sebanyak 10 kumpulan. Bagi setiap kategori, setiap pasukan akan dilengkapi oleh 4 orang. 3 ahli pasukan akan bertindak sebagai menteri utama sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Manakala seorang lagi ahli dalam pasukan akan bertindak sebagai pemain simpanan.

Untuk menentukan kedudukan, pihak penganjur menggunakan sistem margin dan margin bagi kedudukan teratas akan melayakkan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Bagi pusingan awal kategori bahasa Melayu, terdapat 14 pasukan yang akan bertanding dan kumpulan yang berada pada kedudukan 8 teratas berdasarkan margin akan layak ke pusingan Suku Akhir. Manakala bagi penentuan ke separuh akhir, hanya 4 pasukan teratas yang akan layak dan seterusnya hanya 2 pasukan yang akan mara ke pusingan akhir. Manakala bagi kategori bahasa Inggeris, pada pusingan awal hanya terdapat 10 pasukan yang akan bertanding dan kumpulan yang berada pada kedudukan 8 teratas berdasarkan margin akan layak ke pusingan Suku Akhir. Manakala bagi penentuan ke separuh akhir, hanya 4 pasukan teratas yang akan layak dan seterusnya hanya 2 pasukan yang akan mara ke pusingan akhir.
Berikut merupakan pasukan yang layak ke Pusingan Suku Akhir B.Melayu :
            1. Muslim Apprentice Club (MAC)
            2. Kelab Debat dan Pidato (KDP)
            3. Program Remaja Sihat Tanpa Aids (PROSTAR)
            4. High Achievers Club (HAC)
            5. MARA Youth Technology Club (MYTECC)
            6. Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
            7. Business Society (BS)
            8. Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS)
Berikut merupakan pasukan yang layak ke Pusingan Suku Akhir B.Inggeris :
            1. Gerakan Sukarelawan Mahasiswa (GESUMA)
            2. Kelab Debat dan Pidato (KDP)
            3. Administrative United Student Society (ADMINUS)
            4. High Achievers Club (HAC)
            5. MARA Youth Technology Club (MYTECC)
            6. Secret
            7. Kor Bulan Sabit Merah (BSM)
            8. Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS)

Peringkat akhir bagi kategori Bahasa Inggeris diadakan pada 27 April 2018. Pada pusingan akhir ini mempertemukan kelab Gerakan Sukarelawan Mahasiswa (GESUMA) melawan MARA Youth Technology Club (MYTECC) dengan usul “This House Believes That There Should No Laws Restrictiong Freedom Of Speech”. Hakim bagi pertandingan ini adalah Encik Ridzwan Rahmat, Puan Noli Maishara dan Cik Hidayah. Keputusan bagi pertandingan akhir kategori bahasa Inggeris menjadikan Kelab Gerakan Sukarelawan Mahasiswa (GESUMA) menang ke atas MARA Youth Technology Club (MYTECC) dengan margin 2 manakala juri adalah 2 – 1 . Pendebat terbaik bagi pusingan akhir ini adalah Perdana Menteri, saudara Amiruddin daripada kelab GESUMA. Pemenang tempat ketiga adalah daripada pasukan persendirian iaitu Pasukan Secret.

Pada tarikh 3 Mei 2018 merupakan tarikh kemuncak pertandingan ini, pada tarikh tersebut telah diadakan PERTANDINGAN AKHIR KATEGORI BAHASA MELAYU & MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DEBAT PIALA PENOLONG REKTOR. Tema yang diketengahkan pada malam penutupan ini adalah berkonsepkan Warisan Melayu. Malam perasmian penutup amat meriah dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada Kelab Estetika Budaya (KEB). Malahan pihak penganjur telah menyerikan majlis dengan persembahan secara langsung permainan Gamelan Tradisional semasa majlis berlangsung.
Pusingan akhir kategori bahasa Melayu telah mempertemukan pihak penganjur, Kelab Debat dan Pidato dengan MARA Youth Technology Club (MYTECC). Pusingan akhir ini telah diadili oleh tiga hakim utama yang terdiri daripada pensyarah undang-undang iaitu Cik Suria Fadhilah, Encik Asyraf Azni dan Puan Aisha. Usul bagi pertandingan akhir ini adalah “Kejayaan TN50 : Patriotisme Belia adalah Kuncinya” , Kelab Debat dan Pidato bertindak selaku kerajaan dan Kelab MYTECC bertindak selaku pihak pembangkang. Sidang dewan akhir menyaksikan Saudara Tengku Azlanie yang bertindak sebagai Tuan Speaker Dewan. Keputusan akhir bagi Kategori Bahasa Melayu memihak kepada Kelab Debat dan Pidato dengan margin 2 dan juri adalah 3-0 manakala pendebat terbaik disandang oleh menteri kedua kerajaan, saudari Syazlia. Pemenang tempat ketiga pula jatuh kepada Muslim Apprentice Club (MAC).

Pada malam penutupan juga telah disenarai pendek pendebat terbaik sepanjang pertandingan. 5 pendebat terbaik dari setiap kategori telah terpilih. Antara pendebat terbaik yang telah memenangi anugerah tersebut adalah :
            Kategori Bahasa Melayu :
            1. AIZAT LUKMAN (240) - HAC
            2. AHMAD AZFAR (237) - HAC
            3. MUHAMMAD AZQLAN (235) - PROSTAR
            4. AHMAD FAREEZ (232) - PROSTAR
            5. NAQIUDDIN (226) - MYTECC

            Kategori Bahasa Inggeris :
            1. Aisyah (240) - KDP
            2. Naim Jefri (238) - MYTECC
            3. Amiruddin (237) - GESUMA
            4. Shahidatul Aqira (236) - GESUMA
            5. Afiq Zulkiflie (233) – MYTECC
Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai, sijil dan plak. Manakala bagi pemenang tempat pertama bagi setiap kategori membawa pulang Piala Pusingan.

Penolong Rektor, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah merasmikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DEBAT PIALA PENOLONG REKTOR. Beliau dalam ucapannya turut menyatakan bahawa beliau sememangnya bersetuju dengan penganjuran program yang berfokuskan pengucapan awam. Sebelum menamatkan ucapannya, beliau bersetuju menerima cadangan pihak penganjur, Kelab Debat dan Pidato untuk menganjurkan PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENOLONG REKTOR pada peringkat negeri untuk semester hadapan. Penganjuran semester hadapan adalah pada peringkat negeri Pahang dan ini akan melibatkan beberapa institusi Pengajian Awam yang terdapat di negeri Pahang.  Pada malam penutup juga, pihak penganjur mendapat dua tetamu iaitu daripada Kelab Kor Pengucapan Awam UiTM Jengka dan juga guru beserta pendebat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB).

Bagi penganjuran Program Debat Piala Penolong Rektor (ASRECT CUP) adalah sesuatu yang sangat besar dan juga turut memberikan impak yang sangat besar kepada mahasiswa itu sendiri. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga tahniah kepada semua peserta. Bagi pasukan yang tidak berjaya untuk mara ke pusingan akhir, janganlah berputus asa sebaliknya teruskan berusaha untuk menonjolkan diri semasa di universiti. Selaku pengarah program bagi pertandingan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang masalah yang menyukarkan mana-mana pasukan. Walaubagaimanapun, kami amat berterima kasih sekiranya pihak saudara/i sudi memberikan pandangan saudara sama ada dalam bentuk cadangan, penambahbaikan mahupun masalah berkenaan pertandingan ini. Mungkin idea daripada pihak saudara/i mampu meningkatkan mutu dalam menganjurkan pertandingan ini.

           
           
JOHAN KATEGORI BAHASA MELAYU

JOHAN KATEGORI BAHASA INGGERIS

Ucapan alu-aluan Pengarah Program

Ucapan Perasmian Penutup oleh Dr Khairi Khalid

Kerajaan Sidang Akhir Bahasa Inggeris (Kelab Debat & Pidato)



Comments

Popular posts from this blog

MINGGU DESTINI SISWA UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2019

Selamat Datang , UiTM Raub

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018