KAMI JUARA DEBAT GREEN YOUTH CHALLENGE

AMARAN ! ENTRY POST KALI INI MUNGKIN LEBIH PANJANG !
SELAMAT MEMBACA !
Azlanie, Haikal, Ronnie, Azrul, Ummi dan Syazlia
Sejurus sahaja berlabuhnya MDS yang lepas, whatsapp dari saudara Kapten Debat, Azrul dalam group MT/EXCO KDP. Katanya Dr Khairi (Penolong Rektor UiTM Raub) minta kita wakilkan UiTM Raub untuk pertandingan Debat bagi peringkat Negeri Pahang. Berduyun-duyun lah whatsapp buat sementara sebab nak buat team. Tanpa fikir panjang, maka aku balas "Join". Maka bermulalah pengembaraan ke Debat Uniten. 

Seperti biasa, kalau ada pertandingan debat. Harus ada sesi latihan untuk berdebat dan juga tujuan bagi mengumpul fakta "extract facts" katanya. Maka 8 Ogos 2018, maka berlabuhlah kami bertiga ke UiTM Raub semula bagi meneruskan perjuangan (Kenapa bahasa malam ni terlebih sangat hahahaha). Sesi latihan siang dan malam, itu perkara biasa. Tapi bila duduk di kampus ketika waktu cuti ni membosankan, maklumlah sekarang student UiTM tengah bercuti. Maka hanya ada kami berenam dan juga beberapa pelajar intern. Tapi sangat susah bila sebut pasal makanan, tapi tak mengapa kami ada penasihat yang sangat baik nak hantar kami pergi beli makanan dekat luar UiTM. 
Sebelum bertolak, wajib bergambar!

Baiklah, debaran makin tiba. Kami bertolak ke UNITEN KSHAS sehari lebih awal. Perjalanan yang mengambil masa lebih daripada 3 jam. Pekikan dan nyanyian di dalam van memecahkan suasa hening. Lagu bermacam-macam dengan campuran pelbagai genre dan bahasa. Sampaikan Encik Zamri kata "student tak penat ke dari tadi bercakap". Hahahahahaha. Tapi tak mengapa, takdalah Encik Zamri kebosanan sebab si Azim yang duduk di depan dah terlentong sebab sakit kepala dan sakit perut. Penat agaknya sebab dia baru turun dari KL terus direct ke UNITEN KSHAS. Malam kami tiba tu, biasalah "kera masuk kampung" HAHAHAHAHA. Kami siap jelajah tempat situ, lapar sangat gamaknya terus cari medan selera. Apa apa pun, makanan mereka sedap. Selesai makan, kami balik rumah dan bersiap. Yang masuk team biasalah bersengkang mata sekejap dan yang lain sudah berair liur basi. HAHAHAHAHA. 

Keesokan paginya,
Seawal jam 6:30 pagi semua sudah siap dan bersedia nak bergerak ke UNITEN (Oh ya, tempat kediaman jauh daripada bangunan Akademik). Sampai sahaja di UNITEN kami bergambarlah, maklumlah pertama kali. Selesai pendaftaran dan sebagainya, kami bersiap untuk sesi taklimat pertandingan. Nasib baiklah pihak penganjur gunakan konsep yang sama dalam debat ini, dimana hanya bahan bertulis sahaja yang dibenarkan untuk digunakan semasa sidang dewan sedang berlangsung dan tiada bahan bertaip dibenarkan. Legalah juga, tapi kesian pada yang lain sebabnya ada yang bertaip. 

Pusingan 1

  • Pusingan Pertama,UiTM Raub vs. Sultan Haji Ahmad Shah , menang dengan juri 3-0 
  • Pusingan kedua, UiTM Raub vs.University College Yayasan Pahang, menang juri 3-0.
  • Pusingan ketiga, UiTM Raub vs. Uniten Kolej Haji Ahmad Shah, kalah dengan juri 3-0.

Sebenarnya bila masuk pertandingan ni, dah berniat nak membalas dendam dengan kekalahan yang lepas di UiTM Seremban dan juga disebabkan banyaknya aku jadi pemain simpanan maka hanya sekali sahaja aku berdebat. Pagi tu dah bertekad, nak balas dendam dan bangkit semula. Untuk pusingan 1, kami bertemu dengan tuan rumah. Usul "DIP NEGARA-NEGARA MAJU PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENANGANI ISU PERUBAHAN IKLIM GLOBAL" . Bagi pusingan kedua, kami bertemu dengan UCYP dan usul adalah "DIP DASAR-DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA SUDAH BERKESAN DALAM MENANGANI MASALAH ALAM SEKITAR". Manakala bagi usul pusingan 3 ketika bertemu dengan tuan rumah adalah "DIP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU MASIH LEMAH".

Disebabkan pihak pengajur kata ini adalah silence round maka kami menunggu keputusan diumumkan.
Maka apabila diumumkan, markah margin syazlia dan aku dah menjerit bagai nak rak sebab untuk kami mara ke pusingan akhir, kami perlu ada beza margin tak boleh kurang dari 3. Apabila diumumkan bahawa Unisza kalah dengan sebuah IPT dengan margin 2.30, makin rasa gembira sangat. Seterusnya, diumumkan bagi keputusan sidang 1, ternyata kami kalah dengan tuan rumah agak hampa sebenarnya sebab usul yang ke-3 ni agak susah. Tapi bila dilihatkan semula margin, maka kami berjaya melayakkan diri ke Pentas Akhir sebab jurang margin adalah 2.33. Tapi sekali lagi, kami bertemu tuan rumah dengan usul KERAJAAN LEBIH BERPERANAN DARIPADA MASYARAKAT DALAM MENJAYAKAN AGENDA PEMBANGUNAN LESTARI.
Tapi bila nak masuk untuk pertandingan akhir ni. Ada drama pula, Disebabkan kesempitan waktu, penganjur sudah mula bimbang dan mengatakan bahawa bagi pertandingan akhir tidak akan diadakan dan keputusan yg digunakan bg menentukan kedudukan pemenang adalah berdasarkan semasa ( pusingan ke-3 ). Namun begitu, pihak penganjur mendapatkan persetujuan kontinjen UiTM Raub samada untuk teruskan pertandingan Akhir ataupun ikut keputusan semasa!
Berpegang teguh prinsip "Man Jadda Wa Jada" ! Maka kami teruskan. UiTM Raub meneruskan perjuangan dengan bertemu semula UNITEN KSHAS di Pertandingan Akhir. Tidak meletakkan harapan tinggi kerana kami ingin buktikan sekali pun kami kalah, biarlah kalah bermaruah! DisebabkanTeammate yang sangat supportive, semuanya komited utk bangkit dan teruskan bertanding di pentas akhir  .

Muka yang kepenatan digantikan dengan senyuman :)

Tamat sudah cerita ke pentas pertandingan akhir, semasa pengumuman pemenang :
Ketika berada di lokasi majlis penutup, kami hilangkan semua rasa penat dengan bergurau senda sambil bergoyang-goyang disitu sebab takda kerusi, kerusi dah penuh sebab kami datang lambat. Selesai satu per-satu hadiah disampaikan maka seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi kategori cabaran debat ipt, saat diumumkan kedudukan ke-2, si Haikal sudah menyusun semua sementara aku kata "sabar dulu, sabar! tunggu".. suara pengacara majlis sudah berkata "tempat ke-2 dimenangi oleh Uniten KSHAS....." Maka kami terpegun disitu dan terlompat-lompat selepas itu bagaikan tidak percaya, ketika itulah air mata jantan jatuh sebab rasa bangga sangat dengan pencapaian hari ini. Sedih ada, duka ada dan gembira pun ada. 
Kami dimaklumkan bahawa keputusan perlawanan, UiTM Raub vs. UNITEN KHSASm UiTM Raub Juara dengan keputusan Juri 4-1 dan Margin Tipis 1.25.

Kalau rajin sikit, klik Video tu ...

Sedikit cebisan jiwa.. 
Apa apa pun, pengalaman ini sangat manis dan berharga. Sudah bertapak di dunia debat ketika di bangku sekolah lagi dan meneruskan dunia debat ke IPT. Impian untuk berada di Pentas akhir Pertandingan Debat sudah tercapai malahan diberikan rezeki untuk menjadi Juara di Pentas Akhir!
Walapun tidak berjaya mendapat tempat sebagai pembahas terbaik, aku sudah cukup bersyukur sebab 2 kali berturut-turut dapat best speaker dalam sidang pusingan 1 dan pusingan 2. Apa-apa pun tahniah pada Azlanie lepas dah kena suntik semangat (Azlan, main emosi untuk peringkat akhir ni!). Bertambah lebih gembira apabila kedua-dua usul yang aku cari adalah usul yang dipertandingkan dalam debat ni! Tak sia-sia siapkan dengan mata terlentok!


Antara usul yang dipertandingkan adalah :
1. DIP MALAYSIA SUDAH BERSEDIA MEMBANGUNKAN BANDAR HIJAU
2. DIA MENGENAKAN TINDAKAN LEBIH TEGAS KE ATAS PESALAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN ALAM SEKITAR
3. KERAJAAN LEBIH BERPERANAN DARIPADA MASYARAKAT DALAM MENJAYAKAN AGENDA PEMBANGUNAN LESTARI
4. DIP DORAEMON MEMPUNYAI JAWAPAN BAGI PENYELESAIAN MASALAH ALAM SEKITAR
5. KONSEP LADANG SOLAR PERLU DIPERLUASKAN KEPADA SETIAP NEGERI DI MALAYSIA UTK MENGOPTIMUMKAN PENJANAAN ELETRIK BERTERASKAN TEKNOLOGI HIJAU
6. DIP NEGARA-NEGARA MAJU PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENANGANI ISU PERUBAHAN IKLIM GLOBAL
7. DIP DASAR-DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA SUDAH BERKESAN DALAM MENANGANI MASALAH ALAM SEKITAR
8. DIP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU MASIH LEMAH
9. INSENTIF KEPADA PENGUSAHA TEKNOLOGI HIJAU PERLU DITINGKATKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU DESTINI SISWA UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2019

Selamat Datang , UiTM Raub

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM KAMPUS RAUB SESI JULAI 2018